fbpx
MSPO 2.0 mengukuhkan keupayaan Malaysia sebagai salah satu peneraju dalam industri kelapa sawit di pasaran antarabangsa dan memberi manfaat positif kepada pekebun kecil. – Gambar hiasan

Piawaian MSPO 2.0 mula dikuatkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Piawaian Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) Standard MS2530:2022 (MSPO 2.0) berkuatkuasa semalam dengan menetapkan satu penanda aras yang baharu untuk kelestarian, kebolehlaksanaan dan amalan etika dalam penge­luaran minyak kelapa sawit.

Membina asas daripada MSPO Standard 2013, MSPO 2.0 memperkenalkan rangka kerja yang lebih tegas seiring dengan perkembangan global dalam jangkaan pematuhan alam sekitar, tanggungjawab dan tadbir urus (ESG) .

Pencapaian itu juga akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam sumber minyak kelapa sawit yang bertanggungjawab dan untuk memastikan industri ini kekal di barisan hadapan dalam amalan kelestarian.

Menurut kenyataan, sejak ia diperkenalkan pada tahun 2013, sijil mandatori MSPO telah menjadi teras kepada komitmen Malaysia terhadap kelestarian dan juga ketelusan.

Audit pensijilan MSPO telah dilaksanakan oleh badan pensijilan bertauliah pihak ketiga bagi memastikan amalan standard berada di tahap tinggi.

Pekebun kecil juga diberi latihan, bimbingan dan latihan teknikal serta juga sumber bantuan bagi memastikan pematuhan tersebut mengikut standard MSPO.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pensijilan MSPO menunjukkan dedikasi Malaysia yang tidak berbelah bahagi untuk memenuhi standard kelestarian global dan untuk memastikan semua pemegang taruh daripada pekebun kecil hingga kepada pemain industri utama mendapat manfaat daripada ases yang sama kepada pasaran.

“MSPO 2.0 bakal memperkukuhkan komitmen kami untuk menangani permintaan yang semakin bertambah untuk kebolehlaksanaan, ketelusan dan perlindungan alam sekitar,” katanya.

MSPO 2.0 memberi manfaat yang besar kepada pihak berkepentingan merentasi rantaian bekalan manakala pekebun kecil pula akan memperoleh akses kepada pasaran premium melalui pematuhan dengan piawaian standard global ESG selain di sokong oleh latihan teknikal dan sumber untuk memastikan daya saing.

Pemain industri bakal mendapat manfaat daripada rangka kerja mandatori yang mana ia akan meningkatkan integriti bekalan tenaga, mengurangkan risiko peraturan dan juga mengukuhkan penjajaran dengan penanda aras kemampanan global.

Bagi pembeli global pula, MSPO menawarkan keyakinan melalui kebolehkesanan diper­tingkatkan dan pematuhan kepada standard antarabangsa seperti Peraturan Penebangan Hutan EU (EUDR) bagi menjadikan kelapa sawit Malaysia lebih diyakini dan menjadi pilihan yang mampan dalam pasaran global. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN