fbpx
Pengunjung beratur sebelum menaiki kereta kabel di SkyCab Langkawi, Jalan Telaga Tujuh, Langkawi semalam.

Kereta sewa Langkawi ‘laku keras’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Musim cuti persekolahan yang bermula minggu ini memberi limpahan rezeki buat pemain industri pelancongan di pulau lagenda ini.

Tinjauan di lokasi tumpuan pelancong, kereta kabel SkyCab Langkawi mendapati, jumlah pengunjung didapati lebih ba­nyak daripada biasa.

Menurut ejen kereta sewa, Amirul Amar, 38, berkata, tempahan kereta sewa miliknya laris dan hampir penuh.

“Kira-kira 80 peratus kereta sewa milik saya telah ditempah untuk disewa pelancong sepanjang cuti persekolahan berban­ding lebih kurang 50 peratus sebelum ini.

“Rata-rata rakan pemilik kereta sewa yang lain juga me­nyatakan perkara yang sama, ada pe­ningkatan dalam tempahan tetapi pengunjung yang berhasrat untuk ke sini masih boleh membuat tempahan,” ujarnya.

Seorang pemandu pelancong, Izzat Hazmie Shrkawi, 34, berkata, kadar kemasukan pelancong sudah mula menunjukkan trend peningkatan pada awal cuti.

“Kalau di sini, boleh lihat sendiri ada ramai pengunjung sedang beratur dan menunggu untuk menaiki kereta kabel.

“Keadaan ini menunjukkan pelancong mula memasuki Langkawi untuk bercuti,” katanya.

Sementara itu, seorang pe­ngusaha chalet, Yusmiza Yum, 45, berkata, dia tidak menerima tempahan daripada pelancong tempatan walaupun cuti persekolahan sudah bermula pada minggu ini.

“Saya tidak mendapat tempahan pelancong tempatan untuk cuti persekolahan kali ini, walaupun ada saja yang menginap sebelum cuti kali ini.

“Walaupun tiada pelancong tempatan, tetapi ada banyak pelancong asing yang menginap di sini, jadi chalet kami tidaklah kosong,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN