fbpx
SEPERTI trend masyarakat semasa untuk membuat azam baharu sebaik melangkah ke tahun 2025. - GAMBAR HIASAN

Perlukah azam setiap kali tibanya tahun baru?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BULAN penghujung tahun semakin melabuhkan tirai dengan berbaki hampir dua minggu lagi pastinya banyak meninggalkan kenangan sedih, perit, teruja, gembira dan ceria yang menjadi satu lagi lipatan dalam sejarah hidup masing-masing.

Masa berlalu begitu pantas sehingga tidak menyedari segala apa yang berlalu sepanjang tahun ini sehinggakan kisah wabak pandemik secara perlahan-lahan sudah meninggalkan kita hampir tiga tahun.

Sebab itulah, bila kita melihat perkembangan anak-anak, mereka begitu cepat membesar, umur terus meningkat menjadi remaja, belajar di universiti, bekerja dan seterusnya berumah tangga dan seterusnya menerima gelaran istimewa nenek dan datuk.

Sayang jika kita tidak pandai mengambil peluang keemasan tersebut untuk menghayati kehidupan berkeluarga dengan sebaiknya, ciptalah memori dan kenangan termanis itu dalam hidup masing-masing.

Jangan jadikan duit sebagai kekangan untuk mencipta memori bersama keluarga apatah pulang ke kampung menziarah ibu bapa yang masih hidup atau menyantuni segala jemputan kenduri kahwin, bertunang, perjumpaan semula bersama rakan sekolah dan lain-lain lagi.

Berbalik kepada azam tahun baru pula, ia seperti trend masyarakat semasa untuk membuat azam baharu sebaik melangkah ke tahun 2025, ramai yang sudah menyimpan hasrat untuk berubah, simpan duit untuk melancong ke luar negara, beli beg tangan baharu atau juga melangsungkan perkahwinan.

Tidak kurang juga yang mahu menurunkan berat badan, mahu lebih kerap beriadah dan bersenam, manakala buat peniaga pula pastinya mahu catat lebih untung dan perluaskan operasi bisnes.

Mengapa tunggu bulan Januari setiap tahun baru nak berazam, baru nak ubah cara dan gaya hidup, kenapa segala misi tersebut tidak dilaksanakan secara serta merta.

Jangan terlalu memaksa diri untuk berubah kerana takut ia hanya berlangsung selama beberapa bulan kemudian sepi sehinggalah ke hujung tahun, lantas lingkaran azam itu terus berulang tahun demi tahun.

Apa yang penting adalah disiplin dan beristiqamah untuk berubah demi kelangsungan hidup masa depan.

Jika tidak mampu berubah sekelip mata, perubahan itu boleh dilaksanakan secara berfasa-fasa, sebagai contoh jika tetapkan sasaran mahu turun berat badan sehingga 20 kilogram pada tahun 2025, apa salahnya di sasarkan pada peringkat awal hanya untuk lima kg sahaja, kemudian angka berkenaan terus meningkat mengikut fasa seterusnya.

Ia juga perlu dilaksanakan secara jujur , berusaha dengan penuh komitmen tanpa dibantu oleh suplimen yang memberi impak negatif pada kesihatan. Inisiatif ini juga terpakai untuk semua azam seseorang individu itu, memang senang nak tuturkan di mulut tapi agak berat untuk merealisasikannya.

Belajarlah untuk berdamai dengan cabaran dan ujian Tuhan kerana pastinya ada hikmah yang bakal dimanfaatkan di sebalik kesusahan berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN