fbpx

Misteri 1,000 UFO berlegar-legar di langit dalam sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMPIR 1,000 penampakan UFO di langit New Jersey. - Foto Polis New Jersey/@MendhamMike via Storyful/New York Post

WASHINGTON – Hampir 1,000 penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO) dilaporkan di langit seluruh negeri New Jersey, Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh kurang sebulan, lapor  akhbar New York Post semalam.

Angka itu dikeluarkan oleh Pejabat Pengurusan Kecemasan negeri selepas mengumpulkan data-data tentang penampakan UFO tersebut.

Analisis tersebut juga mendedahkan sebanyak 964 kejadian berkaitan UFO dilaporkan antara 19 November hingga 13 Disember lalu .

Namun, sebanyak 243 UFO iaitu majoriti penampakan tersebut, dikesan di langit pinggir bandar daerah Hunterdon.

Pada malam Khamis lalu sahaja, sebanyak 193 UFO dilihat, manakala pada 4 Disember lepas, 141 objek itu dikesan berlegar-legar di langit.

Krisis awam yang misteri itu bermula dengan satu penampakan UFO pada 19 November lalu.

Kerajaan Persekutuan bagaimanapun berkata, ia sebenarnya pesawat tanpa pemandu yang  dikenal pasti seperti helikopter dan pesawat enjin tunggal Cessna. 

Ia juga menyatakan objek itu tidak menimbulkan ancaman kepada mereka yang berada di darat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI