fbpx

Malaysia dicabar dua emas Olimpik LA28

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHID (tengah) bergambar bersama para penerima Anugerah Olimpian Tahunan 2020 hingga 2024 pada Malam Anugerah MOM ke-27 di Kuala Lumpur kelmarin. - AMIR KHALID

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menuntut sekurang-kurangnya dua pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) seiring dengan pembukaan ibu pejabat baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di Bukit Jalil, Kuala Lumpur nanti.

Beliau yang menyampaikan ucapan semasa Majlis Malam Anugerah MOM ke-27 kelmarin, optimis dengan kemampuan MOM dan persatuan sukan untuk membentuk pasukan lebih mantap dan berdaya saing menghadapi cabaran temasya berprestij empat tahun sekali itu.

“Saya harapkan bangunan baharu ini akan memberikan motivasi baharu bagi MOM untuk membawa atlet-atlet menghadapi Sukan Olimpik dan temasya di peringkat serantau ini dengan sekurang-kurangnya dua pingat emas dalam Olimpik akan datang (LA28),” katanya.

Zahid turut menegaskan pentingnya pendekatan pembangunan atlet secara menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada pembinaan karakter selain melakar kejayaan di gelanggang.

“Pembangunan akar umbi menjadi tunjang kepada kesinambungan bakat sukan negara.

“Melalui pelaburan dalam latihan dan program sejak usia muda, kita bukan hanya melahirkan juara dunia tetapi individu berkualiti yang berdaya tahan dan berakhlak mulia,” tambahnya.

Malaysia belum pernah merangkul pingat emas Olimpik dengan pencapaian terbaik adalah memenangi empat perak dan satu gangsa pada edisi Rio 2016.

Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria merakam penghargaan atas kelulusan pembelian sebidang tanah di Bukit Jalil untuk pembinaan ibu pejabat baharu MOM yang akan terletak di hadapan Stadium Hoki Nasional.

Norza menjelaskan ibu pejabat yang dikenali Olympic House Malaysia itu berinspirasikan ibu pejabat Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) di Lausanne, Switzerland yang diiktiraf antara binaan mesra alam terkemuka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN