fbpx

Keluarga yakin anggota komando hilang akan ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Tarmizi Safar (dua kiri) berbual dengan Ahli Parlimen Sungai Petani Mohamed Taufik Johari dan penduduk kampung semasa diziarahi di rumahnya di Kampung Padang Limau,Kota Kuala Muda hari ini.

SUNGAI PETANI – Ahli keluarga anggota komando yang hilang di Hutan Royal Belum di Perak masih menaruh harapan bahawa anak mereka, Lans Koperal Ahmad Zulhilmi, 24, ditemui dalam keadaan selamat dalam masa terdekat.

Bapa anggota itu, Ahmad Tarmizi Safar, 54, berkata, dia dan isterinya, Zuraida Abu Bakar akan tetap sabar menunggu perkembangan terbaharu operasi pencarian yang masih diteruskan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang memasuki hari ke-14 hari ini.

“Setiap hari saya dihubungi pihak ATM yang akan memaklumkan perkembangan pencarian. Saya masih menaruh harapan tinggi yang anak akan ditemui segera.

“Pagi tadi pihak ATM hubungi saya memaklumkan enam penyelam digerakkan ke lokasi untuk melakukan pencarian di air bersama anggota lain yang turut melakukan pencarian dalam radius yang ditetapkan di daratan,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Padang Limau, Kota Kuala Muda pagi tadi.

Menurut Ahmad Tarmizi, dia bersyukur kerana usaha dan kesungguhan pihak ATM melakukan tugasan mencari dan menyelamat tanpa henti sejak hari pertama anaknya dilaporkan hilang pada 30 November lalu.

“Hanya ucapan terima kasih yang dapat dizahirkan kepada ATM atas kesungguhan dan jaminan mereka meneruskan misi sehingga anak saya ditemui membuatkan saya sekeluarga tidak sedikit pun berasa sangsi atau putus harapan bahawa anak kami akan ditemui jua.

“Selebihnya kami sekeluarga menyerahkan kepada Allah SWT yang ditetapkan dalam kes kehilangan anak sulung kami ini,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI