fbpx

Selangor mahu tamat kemarau trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR kembali berada pada tahap terbaik menjelang aksi menentang KDN FC malam ini. - SELANGOR FC

SELANGOR FC memasang impian untuk meraih kemenangan ketiga berturut-turut menjelang aksi suku akhir pertama Piala Cabaran menentang Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium MB Petaling Jaya malam ini.

Selepas dua kekalahan berturut-turut, Gergasi Merah, bangkit melakar dua kemenangan pada saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) bertemu Cebu FC dan Negeri Sembilan FC (NSFC) bagi aksi Liga Super baru-baru ini.

Kini, pengendali Selangor, Katsuhito Kinoshi menyeru agar pemain tampil lebih serius dalam usaha meraih bekalan selesa sekali gus mengintai ke separuh akhir Piala Cabaran dengan menewaskan Kijang Emas nanti.

“Saya berpuas hati dengan keputusan-keputusan diraih sebelum ini dengan semua pemain juga beraksi bagus.

“Jadi, amat penting untuk kita meneruskan momentum ini sebab kadang-kadang, kita berdepan perlawanan yang sukar tetapi paling penting ialah percaya dengan diri sendiri.

“Walaupun kita kehilangan beberapa tonggak utama, saya nak tengok seseorang dalam pasukan ini dapat menyerlahkan diri untuk menjadi pemain utama,” kata pengendali dari Jepun itu.

Kempen Piala Cabaran boleh dianggap sebagai peluang buat Gergasi Merah menebus maruah yang tercalar selepas tersingkir awal daripada saingan Piala Malaysia musim ini.

Ini kerana kejohanan rasmi anjuran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) itu menjanjikan trofi sekali gus memastikan potensi Selangor untuk menamatkan kemarau piala yang kali terakhir dimenangi pada 2015.

Kali terakhir Gergasi Merah menang trofi kompetitif ketika menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33 pada sembilan tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI