fbpx

Marissa ‘naik hantu’ difitnah meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARISSA memberi amaran agar orang ramai berwaspada.

ANDAI selama ini anak kepada Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania mendiamkan diri daripada mengulas isu peribadi, kini dia mula bersuara.

Hal ini kerana, ada individu menyebarkan berita palsu dengan tajuk ‘Anak Abby Abadi meninggal dunia’ yang membuatkannya menyelar perbuatan tersebut menerusi media sosialnya.

Difahamkan, pemfitnah itu menggunakan logo dan nama sebuah portal berita terkemuka bagi mengaburi mata ramai.

Pautan tersebut sebenarnya membawa pembaca kepada platform beli-belah atas talian yang hakikatnya sebagai umpan sahaja.

Marissa memberi amaran agar orang ramai berwaspada pada mereka yang sanggup menggunakan isu sensitif demi wang semata-mata.

Jangan main-main kepada scammer di luar sana. Isu hidup mati jangan sebarangan ‘dijual’.

Mizz Lahar: Kalau Abby mengamuk, mahu scammer itu lari tak cukup tanah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI