fbpx

‘Saya tidak takut, bapa saya polis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang remaja duduk di atas bumbung kereta yang bergerak laju di sebuah lebuh raya. - Instagram

NEW DELHI – Perbuatan seorang remaja lelaki di negeri Haryana selamba duduk di atas bumbung sebuah kenderaan yang sedang bergerak mendapat kecaman pengguna media sosial, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram menunjukkan remaja berbaju putih itu duduk di atas bumbung kereta jenama Mahindra. 

Lebih mengejutkan, dia melakukan aksi berbahaya ketika kenderaan itu bergerak di sebuah lebuh raya.

“Saya tidak takut kerana bapa saya polis. Dia akan melindungi saya,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 4.3 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan netizen. 

“Perbuatan ini sangat bahaya! Bukan sahaja kepada anda tetapi pengguna jalan raya lain!” marah seorang netizen. 

“Manusia seperti ini seharusnya ditahan! Lebih-lebih lagi apabila bapanya seorang pegawai polis!” marah netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI