fbpx

McLaren tamat penantian 26 tahun sejak 1998

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCLAREN meraikan kejayaan bergelar juara keseluruhan kategori pengeluar F1 pada saingan musim ini. - AFP

ABU DHABI – McLaren mengakhiri penantian selama 26 tahun untuk kembali ke puncak dunia Formula Satu (F1) dengan memenangi kejuaraan pengeluar musim ini hasil kemenangan dominan Lando Norris di Grand Prix (GP) Abu Dhabi di Litar Yas Marina semalam.

Kejuaraan pertama McLaren sejak 1998 itu bukan sahaja mengimbau era gemilang Mika Hakkinen dengan dua gelaran dunia tetapi juga melambangkan kebangkitan luar biasa pasukan itu sebagai kuasa besar di pentas F1.

“Tahniah semua. Kerja yang sangat hebat. Saya sangat bangga dengan anda semua. Tahun depan akan menjadi tahun saya juga,” kata Norris kepada pasukannya menerusi radio selepas melintasi garisan penamat.

Kemenangan itu turut mengukuhkan reputasi Ketua Pegawai Eksekutif McLaren, Zak Brown yang mengambil alih tampuk kepimpinan pada 2018 selepas McLaren bangkit daripada tahap sederhana menjadi pasukan yang kini mendominasi perlumbaan F1.

“Apa usaha pasukan yang menakjubkan. Ia sangat luar biasa. Saya tidak boleh lebih berasa bangga daripada ini,” jelas Brown.

Sementara itu, Ferrari menerusi pemandunya, Carlos Sainz dan Charles Leclerc menduduki tempat kedua dan ketiga GP Abu Dhabi, namun belum mencukupi untuk mengatasi McLaren yang memerlukan mereka mencatat sekurang-kurangnya 21 mata.

Musim 2024 bukan hanya mencatat sejarah buat McLaren tetapi juga menandakan peralihan generasi dalam F1 selepas pemandu-pemandu muda seperti Norris semakin menyerlah, manakala beberapa nama besar mula meninggalkan dunia perlumbaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI