fbpx

‘Roll call’ mengejut, pasang CCTV elak insiden buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED KHALED ketika hadir Majlis Perasmian Program Pemindahan Ilmu Lestari, Pengukuhan Ekonomi dan Pemerkasaan Ilmu Penduduk di Felda Aping Timur, Kota Tinggi, hari ini.

KOTA TINGGI – ‘Roll call’ mengejut atau panggilan nama lebih kerap akan dibuat bagi memastikan tiada lagi perlakuan insiden buli dalam kalangan kadet di Akademi Latihan Kententeraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pemasangan televisyen litar tertutup (CCTV) lebih banyak juga dilakukan di ALK.

Katanya, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertindak tegas bagi memastikan insiden tersebut dihentikan dalam kalangan penuntut UPNM.

“Sewaktu berada di ALK, kadet-kadet yang juga pelajar UPNM tahun pertama, kedua, ketiga dan keempat akan bergaul dan tinggal di kediaman sama.

“Biasanya di sini (ALK) berlaku insiden tidak diingini (buli) kerana tiga hingga empat tahun mereka bersama mereka tahu siapa senior dan junior.

“Oleh itu, kita akan kerap buat ‘roll call’ selain pasang kamera litar tertutup (CCTV) lebih banyak di ALK. Jika berlaku sebarang insiden seperti gaduh, buli maka akan selalu diadakan ‘roll call’ mengejut pada bila-bila masa yang perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Program Pemindahan Ilmu Lestari, Pengukuhan Ekonomi dan Pemerkasaan Ilmu Penduduk di Felda Aping Timur, di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI