fbpx

Lima negeri diramal hujan lebat, ribut petir malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

 

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir di lima negeri malam ini.

Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 7 malam itu melibatkan Kinta, Kampar dan Batang Padang di Perak.

“Bagi Kelantan, amaran cuaca buruk itu melibatkan Gua Musang, manakala di Terengganu melibatkan Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Bagi Pahang pula, cuaca buruk dijangka tertumpu di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan dan Pekan, manakala Johor di Mersing dan Kota Tinggi,” kata MetMalaysia.

MetMalaysia berkata, amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Sri Aman (Sri Aman), Miri (Miri) dan Limbang di Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI