fbpx

Pelajar maut, 2 rakan cedera Myvi rempuh pembahagi plaza tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang mangsa naiki selepas merempuh pembahagi jalan di Plaza Tol Sungai Dua, arah Selatan, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Seorang remaja lelaki maut, manakala dua rakannya cedera selepas kereta yang mereka naiki melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pagi tadi.

Kemalangan pada pukul 9.40 pagi itu meragut nyawa Muhammad Adam Mifdal Mohd. Affendy, 18, yang merupakan penumpang belakang. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada anggota badan.

Komander operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Idrus Zakaria berkata, pihaknya tiba di lokasi selepas menerima panggilan pukul 9.44 pagi.

Katanya, nahas membabitkan kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa yang juga penuntut kolej bersama dua rakannya berusia 18 dan 22 tahun.

“Rakan si mati turut cedera dan dikeluarkan orang awam. Si mati yang tersepit di tempat duduk belakang pula dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum disahkan meninggal dunia. Mayat remaja itu diserahkan kepada pihak polis,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI