fbpx

Pemburu rakam kelibat hantu serigala dalam hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCDEWEY merakam kelibat hantu serigala (dalam bulatan) di dalam hutan. - Foto Marco McDewey

WASHINGTON – Seorang pemburu di Amerika Syarikat berkongsi rakaman video menyeramkan yang memaparkan kelibat menyerupai hantu serigala melintasi kamera malam di sebuah kawasan hutan di Newport, Rhode Island, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Marco McDewey merakamkan fenomena aneh itu, yang turut memaparkan dua ekor rusa dalam keadaan ketakutan apabila kabus putih memancar di hadapan kamera.

“Saya fikir ia adalah hantu serigala yang menjaga barangan milik saya,” kata McDewey kepada stesen berita tempatan, KHQ.

Video itu menjadi perhatian pengguna media sosial dengan ramai tampil berkongsikan teori mereka sendiri tentang apa yang mungkin telah berlaku.

“Saya bersetuju, ia kelihatan seperti hantu serigala bagi saya. Anda boleh melihat dengan jelas bentuk menyerupai seekor haiwan,” tulis netizen.

“Amat menakutkan tetapi ia kelihatan hebat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI