fbpx
BEBERAPA kenderaan ditenggelami akibat banjir kilat di Seksyen 13, Shah Alam minggu lalu.

Luahan Pembaca: Apa nak jadi dengan Shah Alam?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Buat pengetahuan, saya bermastautin di Shah Alam hampir 15 tahun, daripada bujang sehinggalah berumah tangga dan mempunyai anak bersekolah di daerah ini.

Sebagai pengundi dan pembayar cukai di negeri ini saya amat kecewa dengan sistem pengurusan banjir yang tidak sekata dengan pembangunannya.

Tahun ini saja sebelum bermulanya Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh banyak kawasan di Shah Alam dengan mudah naik air sehingga menyebabkan banyak kenderaan rosak dan rasa trauma ekoran kejadian itu masih berbekas.

Memanglah taburan hujan luar biasa dan itulah yang sentiasa dipersalahkan termasuk longkang tersumbat dan pintu kunci air lambat dibuka.

Rakyat tidak mahu tahu itu semua kerana kejadian banjir kilat memang memberi kesan mendalam kepada mangsa. Apa yang seharusnya dilakukan oleh pentadbiran negeri itu yang paling mustahak. Bukan hanya memberi alasan.

Kejadian Disember 2021 janganlah berulang, sesungguhnya banjir besar di Shah Alam masih berbekas sehingga hari ini.

Terbaharu kejadian minggu lalu yang menyebabkan banyak harta benda rosak apabila air naik di Jalan Kebun, Seri Muda, Kota Kemuning, Padang Jawa, Seksyen 7 dan Seksyen 13 di sini.

Jawapan yang klise akibat banjir luar biasa itu sudah tentu taburan hujan luar biasa dan longkang tersumbat. Tolonglah usahakan sesuatu agar apabila hujan lebat, aliran air akan ada hala tujunya bukannya atas jalan raya dan masuk rumah orang.

Semoga Disember 2024 tidak mengulangi Disember 2021.

TRAUMA KUNCI AIR
Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN