PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan dan ribut petir sedang berlaku di hampir keseluruhan negeri di semenanjung Malaysia ketika ini.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 6 petang itu melibatkan seluruh kawasan di Perlis, Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Melaka.
“Di Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Bagi negeri-negeri Pantai Timur, cuaca buruk dijangka tertumpu di Jeli di Kelantan, (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) di Terengganu, dan (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Rompin) di Pahang,” katanya.
Dalam pada itu, amaran turut diberikan di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di Selangor, manakala di Johor pula melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Amaran ribut petir juga melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau di Negeri Sembilan.
“Di Sarawak dan Sabah pula, hujan dan ribut petir dijangkakan lebih tertumpu di bahagian Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak dan Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Nabawan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) di Sabah. – KOSMO! ONLINE