fbpx
Abdullah (kiri) Mohd. Noor (tengah) dan Suppiah Ghandi (kanan) masih menunggu pelanggan yang tidak kunjung tiba di Terminal Pengangkutan Awam, di Pontian semalam.

‘Nak dapat RM30 sehari pun payah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PONTIAN – Walaupun pernah dikenali dengan jolokan ‘Ta­nah Di Penghujung Benua Asia’, namun perkhidmatan kereta sewanya di sini ibarat hidup segan, mati tidak mahu.

Keadaan itu berpunca de­ngan penggunaan aplikasi pe­ngangkutan dalam talian dan prebet sapu yang kian mendapat tempat di Terminal Pengangkutan Awam Pontian di sini.

Mohd. Noor Abu Bakar, 71, berkata, pemandu kereta sewa sekarang hanya mendapat dua perjalanan sahaja dari Pontian ke Kukup Laut sehari dengan sekali perjalanan RM30 bagi empat penumpang.

Sementara bagi perjalanan balik ke Pontian semula bia­sanya ‘kosong’ kerana telah ada persetujuan bersama tidak boleh mengambil penumpang yang ada di perhentian kereta sewa di Kukup.

“Ketika ini tidak banyak kereta sewa yang aktif kerana tidak sanggup menanti penumpang tiga hingga empat jam, hanya seorang dua yang guna perkhidmatan kereta sewa,” katanya ketika ditemui disini semalam.

Tambah Mohd. Noor, pekerjaan pemandu kereta sewa ketika ini bukan satu kerjaya tetap kerana pendapatan yang diperolehi hanya sekadar cukup-cukup makan sahaja.

“Nak dapat RM30 pun susah, ada kalanya terpaksa tunggu dari pagi hingga tengah hari kerana ketiadaan penumpang untuk ke Kukup Laut atau ke Bandar Benut,” ujarnya.

Bagi Abdullah Mohd. Amin, 63, dia hanya membawa kereta sewa pada hari Jumaat dan Sabtu kerana pada hari-hari lain dia terpaksa membawa van sekolah untuk tampung hidup.

Katanya, kereta sewa kini tidak lagi boleh dijadikan punca rezeki keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN