Kehilangan pekerjaan menyebabkan seorang lelaki terpaksa melafazkan talak selepas kedua-dua isteri meminta cerai. – GAMBAR HIASAN

Suami hilang kerja, dua bini minta cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Panas yang diharap sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Itu gambaran kisah duka seorang pekerja swasta dalam berpoli­gami apabila dua isterinya me­minta cerai selepas dia kehilangan pekerjaan.

Lelaki yang hanya mahu dikenali Azry, 35, berkata, impiannya untuk melayari bahtera perkakaunseling

bersama dua isteri­nya berkubur selepas mereka memohon untuk mengundurkan diri akibat dia tidak mempunyai sumber kewangan.

Menceritakan kembali perjalanan rumah tangganya, pekerja swasta itu memberitahu, dia berkahwin dengan isteri kedua setahun selepas perkahwinan­pertamanya.

“Saya pun tidak sangka akan berkahwin semula setahun selepas bernikah. Isteri pertama memang sedih. Habis semua album dan gambar kahwin kami dikoyakkannya.

“Tetapi saya berjaya yakinkan dia untuk bermadu dan akhirnya dia terima,” katanya kepada Kos­mo! Ahad semalam.

Bagaimanapun, Azry berkata, kedua-dua isterinya kemudian meminta cerai apabila dia kehilangan pekerjaan pada 2022.

“Pada mulanya, isteri pertama saya yang banyak membantu (kewangan) sebab dia bekerja sebagai guru.

“Tetapi lama kelamaan, mungkin dia berasa penat sebab terpaksa tanggung madu. Mereka berdua akhirnya minta cerai se­rentak pada 2022,” jelasnya.

Kosmo! semalam melaporka ramai suami meluahkan rasa menyesal di sebalik keputusan mereka untuk memilih berkahwin lebih daripada seorang isteri.

Lebih mengejutkan apabila 70 peratus daripada 200 pasa­ngan yang datang mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar kaunseling mengakui gagal menikmati kebahagian sebenar apabila mereka perlu mengeluarkan perbelanjaan besar setiap bulan bagi menampung keperluan seluruh ahli keluarga.

Pakar Motivasi dan Kaunseling Rumahtangga, Hushim Salleh berkata, setiap minggu pihaknya perlu mengurus dua hingga tiga kes berkaitan poligami melibat kan suami yang hidup dalam tekanan.

Malah rata-rata mereka menyesal melalui kehidupan berpoligami atas pelbagai alasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN