fbpx

‘Penatnya tengok lumpur tebal di lantai rumah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayang Suhana Zainal melakukan kerja-kerja pembersihan rumah di Kampung Kolam Air selepas dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

KLUANG – Selepas dibenarkan pulang, satu lagi tugas mencabar perlu dihadapi penduduk Kampung Kolam Air di sini adalah membersihkan semula kotoran ditinggalkan akibat banjir.

Tanpa ada bantuan daripada mana-mana pihak, penduduk terpaksa melakukan kerja-kerja membersih rumah sendiri. Lebih menyedihkan apabila tekanan air yang rendah membuatkan kerja-kerja membersihkan lumpur tebal sukar.

Rosli Mahat, 63, berkata, situasi ini dihadapi penduduk setiap kali banjir dan tiada pihak yang menawarkan khidmat membantu kerja-kerja pembersihan.

“Walaupun bencana ini berlaku hanya satu atau dua kali dalam setahun, namun penatnya amat terasa apabila melihat lumpur yang tebal menyaluti lantai rumah.

“Keadaan lebih teruk lagi apabila kami tiada peralatan atau mesin khas untuk menyembur air bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan rumah,” katanya kepada Kosmo hari ini.

Sementara itu, Ayang Suhana Zainal, 52, hanya mampu menangis selepas melihat barang-barang di dalam rumahnya berselerak akibat dimasuki air separas dada pada ahad lalu.

Ujarnya, setiap kali banjir, kediamannya paling teruk kerana berdekatan dengan longkang utama di Kampung Kolam Air ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI