fbpx

Isteri tuduh suami curang, mahu saman skandal RM64,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beam berhasrat menyaman suaminya dan Ann. - YouTube

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand menuduh suaminya menjalin hubungan cinta dengan seorang vendor jualan online dan mengemukakan saman berjumlah 500,000 baht (RM64,000) terhadap kedua-dua mereka, lapor laman berita Thaiger semalam.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Beam itu berkata, dia mula mengesyaki perkara itu selepas melihat suaminya terlibat dalam jualan produk secara ‘live’ di platform TikTok.

Menurut Beam, suaminya yang merupakan anggota polis, menjual sabun, makanan tambahan dan beberapa produk lain tanpa pengetahuannya.

Dalam sesi ‘live’ itu, terdapat satu suara wanita yang menemani suaminya, namun wajah pemilik suara yang dikenali sebagai Ann itu tidak didedahkan.

Beam juga mula berasa curiga apabila melihat percakapan suaminya dan wanita itu yang kelihatan mesra.

Ketika bertanyakan perkara tersebut kepada suaminya, Beam berkata, lelaki itu menjelaskan bahawa dia dan Ann ialah rakan perniagaan.

Ujar suaminya lagi, percakapan mesra mereka sengaja dibuat-buat sebagai salah satu strategi pemasaran.

Suaminya juga dikatakan berhutang sebanyak 300,000 baht (RM38,000) daripada Ann justeru, dia bekerja dengan wanita tersebut demi membayar hutang.

Beam bagaimanapun enggan mempercayai penjelasan suaminya, sebaliknya berhasrat untuk menyaman kedua-dua individu tersebut sebanyak 500,000 baht.

Dalam pada itu, Ann menafikan tuduhan tersebut dan berkata, dia akan menyaman semula Beam kerana memfitnahnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI