fbpx

16 termasuk CEO GISBH ditahan semula bawah SOSMA hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuhaily pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 16 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) ditahan semula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA), hari ini.

Ia selepas tempoh reman 24 individu yang disiasat di bawah Seksyen Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 tamat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain berkata, kesemua mereka yang ditahan antaranya kepimpinan tertinggi kumpulan itu.

“Setakat ini jumlah keseluruhan yang sudah ditahan di bawah SOSMA selamat untuk tempoh 28 hari adalah seramai 58 individu,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, PDRM telah menahan seramai 415 individu sejak Op Global dilancarkan.

Jelasnya, sebanyak 35 individu masih dalam tahanan reman, manakala sejumlah 273 individu telah dijamin dan sebanyak 37 individu telah dibebaskan tanpa syarat.

“Dua individu telah diserahkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dan seorang individu telah diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia bagi tujuan pengusiran,” katanya.

Menurut beliau, sepanjang operasi dilaksanakan, PDRM telah membuka sejumlah 97 kertas siasatan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk satu kertas siasatan jenayah terancang di bawah Seksyen 130 Kanun Keseksaan.

Kata Shuhaily, sejumlah empat kertas siasatan berhubung kesalahan GISBH telah diberikan arahan tuduh oleh Jabatan Peguam Negara.

“Proses pertuduhan akan dilaksakan dalam masa terdekat. Kertas pertuduhan itu adalah membabitkan dua kertas siasatan di bawah Seksyen 12, Antipemerdagangan Orang dan Anti penyeludupan Migran 2007.

“Selain itu dua lagi yang mendapat arahan tuduh adalah Seksyen 14, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 5 (1) Akta Pusat Jagaan 1993,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI