fbpx
PENULIS mengibarkan Jalur Gemilang selepas berjaya menawan ACT.

Tawan Annapurna Circuit Trek secara solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELALUNYA, kita dengar orang Malaysia sebut tentang Annapurna Base Camp (ABC) dan Everest Base Camp (EBC) di Nepal.

Namun kali ini, saya pilih untuk melalui trek yang kurang popular sedikit dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu Annapurna Circuit Trek (ACT).

Walaupun tempat ini kurang popular dalam kalangan rakyat Malaysia, tetapi bagi saya ia sangat berbaloi dengan harganya yang mesra ‘poket’.

Trek ini mengambil masa selama 10 hingga 14 hari untuk diselesaikan. Namun, keadaan ini bergantung kepada titik permulaan dan pengakhiran dipilih.

Kalau diikutkan, perjalanan trek asal sejauh sejauh 229 kilometer (km), lebih lama jika dibandingkan dengan ABC dan EBC.

Harga permit masuk ke Annapurna Conservation Area (ACAP) adalah NPR3,000 (RM92.44).

Sementara harga keseluruhan untuk pengangkutan dan makanan untuk 12 hari termasuk sembilan hari dalam trek adalah NPR28,347 (RM873.48).

Secara keseluruhannya, trip ini menelan belanja sebanyak NPR31,347 (RM1,000).

Secara umum, perbelanjaan saya di Nepal lebih kurang NPR2,000 (RM60) sehari.

Perjalanan ‘trekking’ saya bermula dari pekan kecil bernama Besisahar dan tamat di Muktinath.

Antara matlamat utama saya di sana adalah untuk sampai di dua titik tertinggi di kawasan tersebut iaitu Thorang La Pass dan Tilicho Lake.

Thorang La Pass merupakan laluan gunung kedua tertinggi di dunia yang hanya boleh dilalui dengan berjalan kaki.

Manakala Tilicho Lake merupakan salah satu tasik tertinggi di dunia.

Perjalanan saya sepanjang trek (tanpa sebarang kenderaan) adalah selama sembilan hari.

Sepanjang sembilan hari tersebut, saya menempuh jarak sejauh 170km dengan ketinggian lebih dari 8,000 meter.

Penginapan sepanjang sembilan hari tersebut adalah di rumah tetamu yang terdapat di kampung-kampung sepanjang trek tersebut.

Lebihan tiga hari perjalanan pulang dan pergi ke titik pemula serta satu hari untuk membeli-belah dan rehat di Kathmandu setelah selesai ‘trekking’.

Harga untuk rumah tetamu memang murah iaitu antara NPR200-NPR500 (RM6 hingga RM15) semalam mengikut altitud kampung tersebut.

Semakin tinggi altitud, semakin tinggi harganya. Sama juga dengan harga makanan.

Untuk makan, tidak banyak pilihan, melainkan makanan ‘vegetarian’ atau makanan kegemaran saya iaitu dhal bhat.

Makanan tersebut berasaskan nasi, kuah dal dan kentang. Dhal bhat merupakan sumber tenaga saya sepanjang di atas trek.

Saya juga ada bawa kudapan dari Malaysia seperti coklat dan biskut oat sebagai sumber tenaga tambahan sewaktu mendaki.

Alhamdulillah, memang cantik sangat pemandangan dekat sana.

Bagi saya, ia sangat berbaloi dengan kosnya yang tidak berapa mahal.

Sebenarnya, ada hari yang kabusnya tebal sampai tidak nampak pemandangan alam di depan mata.

Namun, saya bersyukur Allah SWT bagi peluang untuk nikmati alam semula jadi ciptaan-Nya yang indah-indah belaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN