The look is loose & lean. Gaya maskulin ini menjadi glamorous dan popular apabila digayakan di era 40-an oleh Katharine Hepburn (ikon perfileman Barat). Putih bersih serta rona lembut dan tenang mendominasi gaya ini.
Pemakaian rompi (vest) menjadikan penampilan lebih stylish.
Siluet seluar yang popular antaranya adalah hip slung, potongan lebar (wide leg) yang dipadankan dengan kemeja oxford, jaket atau blaus dalam rona putih atau senada. Jadikan beg dan kasut tumit tinggi sebagai pelengkap gaya.
Aliran inspirasi pakaian lelaki dan minimalis ini sopan, segak dan kontemporari. Di sini, saya titipkan panduan untuk menjadikan penampilan inspirasi maskuliniti agar lebih chic.
Aliran inspirasi pakaian lelaki dan minimalis ini sopan, segak dan kontemporari. Di sini, saya titipkan panduan untuk menjadikan penampilan inspirasi maskuliniti agar lebih chic.
Kombinasi
For a standout statement, padankan seluar rona yang terang dengan blaus bereka corak (print blouse).
Anda boleh bereksperimentasi dengan kombinasi warna, tetapi jangan keterlaluan (don’t overdo it) kerana takut nampak pelik. Draw the line at mixing more than three shades.
Fabrik
Don’t shy away from wearing all white. Sut dalam rona putih akan berikan penampilan yang klasik dalam kelas yang tersendiri. Elakkan fabrik yang terlalu lembut dan nipis (flimsy), sebaliknya pilihlah fabrik yang berat sedikit seperti kain kapas dan linen.
Aura
Seimbangkan seluar yang sememangnya punyai aura maskulin dengan blaus yang feminin.
Antara rekaan menarik adalah blaus diperbuat daripada sifon dengan colar peter pan dan lengan gelembung (puffed sleeves)
Rantai
Chungky jewelry boleh memberikan lebih gaya pada sut anda.
Pakailah chungky ataupun rantai yang berlapis-lapis (layered necklaces) untuk menambahkan personaliti pada keseluruhan penampilan.
Kasut
Kasut dalam rona yang memeranjatkan (shocking shades) boleh menyuntik gaya menarik dan unik pada apa jua potongan seluar.
Kasut tumit tinggi hebat digayakan dengan long trousers dan flats pula paling sesuai untuk skinny ankle-length cut.
Sporty
Untuk kelihatan sporty, padankan seluar anda dengan sneakers. Slimsretro ones will look cute (a clunky running shoes is a definite no-no).
Padankan kot (blazer, cape, trench dan sebagainya) dengan tali pinggang untuk mendapatkan gaya anggun dan look of the moment.
Tali pinggang saiz besar atau tirus atau apa pun saiz, gaya dan rekaannya, terpulang kepada anda untuk menentukannya.
Kelabu
Katharine Hepburn juga sentiasa mengambil inspirasi pakaian lelaki dalam rona kelabu untuk pakaian seharian dan menjadikan ia sebagai signature look.
Kini, ia muncul kembali dalam trend rekaan pakaian dan aksesori yang penuh variasi dan menjadi ikutan.
Gaya safari
Dapatkan juga rekaan jaket bercirikan gaya safari, bersulam ataupun yang penuh kilauan (sparkle).
Jaket adalah padanan yang paling mudah untuk mendapatkan look of the moment.
Ia boleh digayakan dengan pelbagai padanan rekaan seperti knit top, blaus, shorts dan sebagainya. Semuanya terpulang kepada kreativiti anda.
Baggy
Gayakan seluar potongan baggy atau potongan lebar (wide pants) iaitu potongan lebih longgar dan punya lebih ruang.
Antara yang menjadi pilihan adalah gaya sailor atau classic chic.
Anda boleh bereksperimen dengan lipatan (pleats) tetapi elakkan lipatan yang lebar jika anda agak rendah dan pendek. Untuk lebih menarik, cuba padankannya dengan kasut flats dan mini kitten heel.
Gaya ini cukup sleek digayakan di pentas peragaan atau ke mana sahaja.















