fbpx
Gambar fail menunjukkan pihak berkuasa merampas kitab ajaran sesat Al-Arqam yang disimpan di premis yang diserbu di Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini.

Haram simpan kitab Al-Arqam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Perbuatan menyimpan koleksi, bahan bacaan atau risalah berkaitan ajaran sesat Al-Arqam adalah haram kerana boleh mendatangkan mudarat kepada pembaca dan memesongkan akidah sahih umat Islam.

Mufti Pulau Pinang, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Sukki Othman berkata, bukan itu sahaja, individu yang menyimpan bahan berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya, haram hukumnya membaca dan mengambil manfaat daripada bahan bacaan yang sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

“Hukum simpan buku yang sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam juga adalah haram apabila bertujuan untuk mengambil manfaat daripadanya dengan dijadikan bahan rujukan.

“Tambahan daripada itu kena patuh pada undang-undang. Tidak boleh menyimpan mana-mana terbitan atau bahan yang dilarang,” katanya kepada ­Kosmo! Ahad di sini semalam.

Beliau mengulas mengenai serbuan polis di rumah amal dan sekolah milik GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Gong Kulim, Kelantan dan merampas pelbagai jenis buku berkaitan Aurad Muhammadiah dan Al-Arqam.

Rampasan barangan berkaitan turut dilakukan dalam beberapa siri serbuan di Pulau Pinang dan Melaka, baru-baru ini.

Sebelum itu, taktik pengikut GISBH membakar dan menanam buku di tepi sungai di Kampung Panji, Kelantan bagi mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar selepas diserbu polis.

Buku jenis tebal dan besar itu ditanam bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Berita berkaitan: Buku ajaran GISBH ditanam, dibakar sekitar rumah keluarga CEO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN