fbpx
Keadaan sebuah kafe rangkaian GISBH yang lengang tanpa pelanggan di bandar Lipis baru-baru ini.

‘Dulu meriah, kini restoran jadi suram’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Biarpun dibuka, namun sebahagian rangkaian perniagaan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) seperti restoran, kafe dan pasar raya kelihatan lengang tanpa pelanggan.

Di Lipis, Pahang, keadaan di premis makanan milik syarikat itu di bandar Lipis suram.

Seorang penduduk dikenali sebagai Daud, 48, berkata, restoran itu kurang pelanggan sejak beberapa hari lalu dan ia mungkin disebabkan berita yang tersebar di media sosial.

“Sebelum ini restoran tersebut sentiasa penuh dengan pe­langgan dari sekitar daerah Lipis dan premis ini juga beroperasi dari pagi hingga malam.

“Saya sendiri sering berkunjung ke restoran ini untuk bersarapan, namun tiada yang pelik dilihat,” katanya.

Di Ipoh, Perak, seorang pe­langgan restoran GISBH dikenali sebagai Nor, 53, berkata, dia dan keluarganya sering mengunjungi premis itu sebelum ini.

“Saya mahu memberikan sokongan kepada mereka, tetapi apabila banyak kes yang didedahkan pihak berkuasa, kami berhenti ke sana (restoran). Restoran itu pun sekarang le­ngang saja ,” ujarnya.

Di Rembau, Negeri Sembilan, suasana makan tengah hari di sebuah restoran GISBH di daerah ini, kelihatan lengang.

Seorang penduduk, Irwan, 30-an, berkata, kebiasaannya pelanggan akan ramai pada waktu sarapan dan dia juga gemar membeli nasi lemak hijau di premis berkenaan.

“Banyak pekerja di sini, ada yang muda, ada yang tua. Kita boleh perasan kehadiran mereka kerana menggunakan songkok dan baju yang sama,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN