fbpx
PENULIS menyaksikan keindahan suasana di Stone Bridge Prizren, Kosovo (kiri) dan Old Bazaar, Skopje, Macedonia.

Jelajah solo di lima negara Balkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAYA menaiki penerbangan selama 10 jam 50 minit dari Kuala Lumpur ke Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (SAW), Turkiye.

Setelah tiba, saya menuju ke Taksim selama satu jam dengan tambang bas sebanyak 125 lira (RM16) seorang.

Pembayaran boleh dibuat di dalam bas atau menggunakan kad Istanbul, debit atau kredit dengan logo Mastercard.

Setelah sampai di Taksim, saya berjalan kaki lebih kurang 500 meter ke hostel untuk beristirahat.

Pada hari kedua, saya check-out dan simpan beg di Taksim selama lima hari dengan caj 400 lira (RM50).

Selepas bersarapan di kawasan Taksim, saya bercadang untuk berjalan-jalan di sekitar Istanbul.

Antara tempat yang saya kunjungi adalah Spice Bazaar, Grand Bazaar, Egypt Bazaar, Hagia Sophia dan Beyazit.

Tempat-tempat tersebut merupakan lokasi wajib dikunjungi kerana ia memaparkan identiti Turkiye sebenar.

Pada sebelah petang, saya bergerak ke Sofia, Bulgaria.

Setelah tiba, saya sempat beristirahat sebentar di stesen kereta api berdekatan sementara menunggu matahari terbit.

Saya bersiar-siar di sekitar Sofia termasuk Vitosha Boulevard, Lions Bridge, City Garden, Regional History Museum dan St. Alexander Nevsky.

Di Sofia, saya banyak berjalan kaki untuk pergi ke tempat-tempat dilawati kerana lokasinya berdekatan atau menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan tram.

Makanan halal juga senang dijumpai kerana kebanyakan restoran menawarkan masakan Turkiye.

Pada sebelah petang, saya menuju ke hostel yang terletak tidak jauh dari stesen bas Sofia.

Sebelum itu, saya siap-siap bungkus makan malam kerana ingin berehat di bilik saja.

Pada hari keempat, saya menaiki van mini ke Skopje, Macedonia yang mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 minit.

Saya tiba di Skopje, namun saya cuma transit sahaja.

Saya ada masa lebih kurang lima jam untuk berjalan-jalan di sekitar bandar sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Antara tempat yang saya sempat lawati adalah Macedonia Square, Old Bazaar, Archaeological Museum of Macedonia dan Bridge of Civilization.

Untuk orang Islam, tak perlu risau, makanan halal senang didapati di sini.

Setelah itu, saya menaiki bas ke Prizren, Kosovo dan mula berjalan di kota ini pada hari kelima.

Antara lokasi yang saya sempat lawati adalah Stone Bridge, Sinan Pasha Mosque, Kalaja Fortress dan Lovers Locks.

Di sini, saya boleh lihat peninggalan pelbagai empayar termasuk Empayar Rom, Byzantine dan Uthmaniyyah.

Pada hari keenam, saya sudah berada di Albania dan berkunjung ke Tirana Downtown, The Clock Tower, Skanderbeg Square, Et’hem Ben Mosque, Pyramid of Tirana dan New Bazaar.

Saya kembali ke Turkiye pada sebelah petang dan beristirahat.

Kemudian, saya menuju ke destinasi seterusnya iaitu Mount Uludag dengan menaiki van mini dengan tambang 200 lira (RM25) pergi dan balik.

Panorama Mount Uludag sangat memukau dengan putih saljinya yang menebal.

Pada hari terakhir di Istanbul, saya sempat pergi ke Karakoy, Balat/Fener, pasar ikan, Desen Bazaar, Taksim dan Hagia Sofia dengan menaiki tram.

Saya berpeluang menunaikan solat Jumaat di Hagia Sophia dan makan di restoran Nur Malaysia.

Saya banyak menghabiskan masa berjalan-jalan di Istanbul sebelum menaiki bas ke SAW untuk pulang ke tanah air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN