fbpx
Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian motosikal yang diubah suai serta disita di stor JPJ di Panji, Kota Bharu baru-baru ini. – IHSAN JPJ

Motosikal ke sekolah dibuat berlumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang pemandu treler tidak menyangka motosikal yang dibelikan kepada dua anaknya sebagai kemudahan untuk mereka ke sekolah sebaliknya digunakan oleh mereka untuk berlumba di jalanan.

Dia yang mahu dikenali sebagai Anuar, 49, berkata, perkara itu terbongkar selepas anaknya yang berusia 14 dan 16 tahun dicekup polis ketika mereka sedang berlumba haram baru-baru ini.

Katanya, dia kecewa dengan sikap anak-anaknya itu kerana sudah bersusah-payah mengumpul wang membeli motosikal untuk kesenangan mereka.

“Saya menuruti permintaan mereka yang masing-masing mahu motosikal Yamaha Y15 dan Yamaha 125Z. Mereka kata motosikal itu boleh digunakan dalam tempoh lama selain mudah dijaga termasuk aspek penyelenggaraan.

“Selepas beberapa bulan mendapat motosikal itu, saya lihat mereka perlahan-lahan mengu­bahsuainya kononnya atas nasihat rakan-rakan. Saya tahu mereka ditangkap berlumba selepas dimaklumkan isteri ketika saya sedang bekerja. Kecewa saya ke­rana kemudahan yang diberi itu digunakan oleh anak-anak ke jalan yang salah,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Ujarnya, tidak cukup mereka ditangkap dan perlu dijamin di balai polis, dia turut mendapat empat notis saman kerana motosikal berdaftar atas namanya.

“Sudahlah perlu ke mahkamah, terpaksa pula bayar saman mereka,” katanya.

Ibu tunggal yang ingin dikenali Zaiti, 38, berkata, dia membeli sebuah motosikal untuk anaknya yang berusia 15 tahun bagi kemudahan ke sekolah pada Mac lalu.

“Anak lelaki saya merayu untuk membeli motosikal selepas kematian ayahnya tahun lalu dan disebabkan itu dia sukar untuk bergerak ke sekolah.

“Kerana kasihankan anak, saya guna wang peninggalan arwah suami RM10,000 untuk membeli motosikal Yamaha Y15 secara tunai. Saya sibuk bekerja di sebuah syarikat swasta dan tidak tahu pergerakan anak.

“Luluh hati, selepas beberapa bulan mendapat motosikal, saya dimaklumkan jiran-jiran bahawa anak berlumba motosikal de­ngan rakan-rakan,” ujarnya.

Menurutnya, anak lelakinya itu pernah sekali dicekup Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan mendapat notis saman atas lima kesalahan termasuk mengubah suai kenderaan dan tiada lesen memandu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN