fbpx

Dua pekerja maut runtuhan Elmina Ridge

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Dua pekerja pembinaan maut selepas tertimbus sedalam 0.3 meter dalam runtuhan tanah dan konkrit pembetung di Tapak Pembinaan Elmina Ridge, hari ini.

Kedua-dua mangsa dipercayai warga Bangladesh berusia 25 dan 30an berjaya dibawa keluar dalam tempoh selang 13 minit antara satu sama lain bermula pukul 11.12 pagi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 10.29 pagi.

Keadaan dua mayat mangsa yang maut dalam runtuhan di tapak pembinaan tersebut.

Katanya, berdasarkan maklumat awal dua mangsa telah tertimbus susulan runtuhan tanah dan konkrit pembetung di tapak pembinaan itu.

“Pasukan yang tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudiannya segera melakukan operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa pertama berjaya dibawa keluar pukul 11.12 pagi dan mangsa kedua kira-kira pukul 11.35 pagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI