fbpx
Pingat emas. - GAMBAR HIASAN

‘Gold medal’ yang tidak diperlukan…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam program PDRM Special Dialogue II yang diadakan di ibu negara berkongsi data mengenai trend penagihan dadah di Malaysia.

Apa yang mengejutkan, daerah Pendang yang terletak di Kedah merekodkan bilangan penagih dadah paling tinggi di negara ini dengan nisbah 1,333 orang bagi 100,000 penduduk.

Purata di peringkat nasional adalah 432 orang bagi setiap 100,000 penduduk.

Berada di tempat kedua di belakang Pendang ialah daerah Machang dan Bachok di Kelantan. Selepas itu Besut, Dungun, Kemaman dan Marang di Terengganu.

Data tersebut bukan hanya diperoleh daripada satu, tetapi empat sumber iaitu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Kesihatan dan pusat pemulihan narkotik swasta.

Oleh itu, data yang diperoleh tersebut boleh dikatakan lengkap.

Di sini saya bukan hanya mahu berkongsi data tersebut untuk melihat daerah mana yang menjadi juara, naib juara atau berada dalam senarai Top 5.

Cuma agak menyedihkan apabila kajian yang dijalankan oleh agensi berkaitan mendapati majoriti penduduk di daerah-daerah tersebut adalah Melayu dan beragama Islam.

Mengikut data yang dikeluarkan, rata-rata mereka di daerah-daerah tersebut yang terjebak dengan najis dadah yang merupakan musuh nombor satu negara ini daripada kumpulan B40 iaitu miskin dan M40.

Dari segi latar belakang, kebanyakan mereka bekerja sendiri, kerja swasta dan menganggur. Dari segi taraf pendidikan pula, rata-rata mereka mempunyai sekurang-kurangnya sijil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Yang menjadi persoalan bagaimana golongan penagih dadah ini yang tidak bekerja mempunyai wang untuk membeli bahan terlarang tersebut?

Dari mana sumber wang tersebut diperoleh? Adakah daripada upah sebagai pusher dadah atau duit emak ayah hasil membanting tulang empat kerat mengerjakan sawah, kebun dan berniaga?

Sebelum ini ada seorang teman menghubungi saya menga­du yang dia sudah tidak tahan lagi dengan masalah penyalahgunaan dadah di kampungnya di sebuah daerah di Kedah.

Kata teman saya, ada emak ayah di kampungnya yang sanggup membelikan bekalan dadah untuk anak mereka asalkan si anak tidak mengamuk dan mengganggu mereka.

Dari sumber mana bekalan dadah itu diperoleh dia tidak pasti, namun itulah ceritanya.

Tanpa sedar ada ibu bapa yang sanggup bersekongkol merosakkan masa depan zuriat sendiri bukannya untuk memulihkan anak mereka.

Ada juga ibu bapa yang sanggup menggadai barang kemas dan menjual tanah pusaka untuk membayar wang ikat jamin bila anak mereka didakwa kes dadah di mahkamah.

Ada juga ibu bapa yang rela bermasam muka dengan jiran tetangga untuk membela anak si kaki dadah.

Itu hanya secebis cerita di kampung-kampung mengapa isu penyalahgunaan dadah di negara ini tidak pernah selesai. Sindiket-sindiket dadah juga bermaharajalela kerana rasuah.

Akhirnya yang rosak sebahagian besarnya adalah anak muda. Sampai bila kita mahu melihat anak-anak Melayu terus menjadi hamba dadah?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN