fbpx
URUSAN di pejabat kerajaan kini dikatakan bertambah baik berbanding sebelum ini. – GAMBAR HIASAN

Jangan hangat ‘sekejap’ percepat urusan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Saudara Pengarang,

Sejak pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar mengenai penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji melebihi RM500 selepas berlaku pelarasan gaji baharu minggu lepas, urusan di kaunter pejabat-pejabat kerajaan di seluruh negara bertambah baik dan berjalan lancar dengan pelanggan tidak menunggu lama untuk berurusan.

Dikatakan urusan terkini di pejabat kerajaan dapat diselesaikan dalam tempoh singkat, 10 minit sahaja berbanding sebelum ini.

Pelarasan gaji baharu sememangnya perkara yang dinanti-nantikan oleh penjawat awam dan pengumuman tersebut membuatkan mereka lebih bersemangat untuk melakukan kerja dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Cuma, ada beberapa cerita kurang menyenangkan timbul di satu dua tempat yang mana perkhidmatan masih sama dan beberapa pelanggan merungut kerana diminta datang keesokan harinya untuk berurusan kerana datang pada waktu petang, walhal sudah mengambil nombor giliran.

Diharapkan situasi sebegini segera diperbaiki bagi memberikan imej lebih baik terhadap pejabat-pejabat kerajaan.
Kalau ia sudah diperbaiki, diharapkan berkekalan, bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Jangan pula semangat untuk menuju ke arah lebih baik berkubur.

Mahu berubah
Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN