fbpx
BARISAN atlet muda negara yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada temasya Sukma 2024 di Sarawak.

Latih mereka sampai ke LA 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEDAR atau tidak, temasya Sukan Malaysia atau Sukma edisi 2024 di Sarawak akan melabuhkan tirainya hari ini.

Sepanjang hampir 10 hari temasya itu berlangsung, sebanyak 488 pingat emas telah dipertaruhkan dan dikalungkan ke leher pemenang sebenar.

Ada yang menang secara solo, ada juga yang bergelar juara secara berkumpulan. Tahniah kepada mereka.

Secara statistiknya, Sukma 2024 yang merupakan temasya sukan terbesar negara menghimpunkan seramai 9,921 atlet melibatkan 37 jenis sukan. Untuk Sukan Olimpik di Paris, jumlah acara yang dipertandingkan adalah 32.

Ini bermakna, peminat sukan tanah air telah disajikan dengan kepelbagaian aksi sukan aras tinggi. Harus diingat juga bahawa atlet yang bersaing di Sarawak ini adalah atlet terbaik bagi setiap negeri.

Namun, sesuatu yang menarik untuk dibahas adalah pencapaian atlet-atlet muda (berusia bawah 21 tahun) sepanjang temasya Sukma 2024.

Bukan setakat meraih pingat emas, perak mahupun gangsa, malah ada dalam kalangan mereka yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan. Menjadi pemegang rekod kebangsaan bukanlah mudah, dan ia merupakan impian setiap individu bergelar atlet.

Pendek kata, semakin lama sesuatu rekod itu bertahan, maka semakin masyhurlah nama atlet tersebut.

Untuk edisi Sukma kali ini, deretan rekod kebangsaan yang berjaya dipecahkan itu datangnya dari acara sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik.

Ini termasuklah sukan angkat berat, renang dan olahraga. Harus diingat, sukan angkat berat dan renang telah menghadirkan pingat emas buat negara-negara Asia Tenggara di pentas Sukan Olimpik.

Sebagai permulaan, rakyat Malaysia perlu biasakan diri untuk mengingati nama-nama ini. Andrew Goh (renang), Qistina Qharisya Suffia Mohd. Muzani (angkat berat), Muhammad Hafizuddin Roslin (angkat berat) dan Muhammad Fakrul Afizul Nasir (olahraga).

Andrew Goh, perenang dari Selangor mencipta sensasi apabila memperbaharui rekod kebangsaan dalam acara 50 meter kuak dada sebanyak dua kali.

Qistina Qharisya pula, si gadis kecil dari Perak berjaya menggegarkan Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong apabila mencipta tiga rekod kebangsaan acara angkat berat bagi ketagori 45 kilogram.

Badang Perlis, Muhammad Hafizuddin pula menepati ramalan apabila memecah rekod kebangsaan sebanyak lapan kali dalam acara angkat berat kategori 81kg dengan angkatan 151kg (snatch), 181kg (clean & jerk) dan angkatan keseluruhan dengan 332kg.

Seorang lagi bintang yang perlu diberi perhatian ialah Muhammad Fakrul yang memecahkan rekod kebangsaan dalam acara 400m lari berpagar dengan catatan 1.11s.

Dengan deretan kejayaan luar biasa ini, ia sepatutnya memberi ‘signal’ kepada penggerak sukan kebangsaan untuk merangka satu perancangan jangka panjang.

Paling penting, atlet-atlet ini perlu dijaga, dilatih dan disediakan untuk berada di pentas Sukan Olimpik 2028
di Los Angeles.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN