fbpx
TERDAPAT bengkel ‘puaka’ yang mengambil kesempatan ke atas pelanggan. - GAMBAR HIASAN

Caj RM120 untuk satu skru ‘chamber’?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM hidup ini, kita sering mendengar pelbagai situasi orang yang menipu duit orang dalam pelbagai cara hinggakan kadangkala cara yang digunakan mereka tidak terjangkau dek pemikiran kita yang dangkal.

Kini semakin ramai yang terjebak dengan penipuan secara dalam talian atau lebih dikenali sebagai scammer online yang mengaut untung puluhan ribu, malahan jutaan ringgit setiap tahun dengan menipu orang tanpa belas kasihan.

Sebenarnya aktiviti scam orang ramai ini sudah lama berlaku sejak puluhan tahun lalu, cuma ada yang tidak pernah didedahkan secara meluas mungkin dikatakan hanya dibuat pada skala kecil.

Mungkin ada dalam kalangan kita tidak pernah menduga, aktiviti scam juga didakwa wujud di kedai-kedai tayar tanpa kita menyedarinya.

Kita mungkin pernah didatangi oleh pomen yang mengatakan sesuatu komponen perlu ditukar sedangkan ia masih berfungsi dengan baik.

Antara ayat yang selalu digunakan untuk memerangkap pelanggan yang alpa ketika mahu buat penjajaran tayar ialah seperti: “Bos, you punya chamber sudah lari, kena tukar skru”.

Apa yang membuatkan kita ‘terbelalak’ mata apabila diberitahu harga satu skru chamber sungguh tidak masuk akal.

Ada sesetengah bengkel kereta meletakkan harga caj sehingga RM50 hingga RM60 bagi satu unit skru, malahan ada kes sesetengah kedai mengambil kesempatan sampai RM120 untuk satu skru chamber.

Kos sebenarnya dikatakan tidak sampai RM10 pun untuk satu unit.

Inilah yang dikatakan bengkel ‘puaka’ yang mengambil kesempatan ke atas pelanggan yang tidak menyedari mereka sudah masuk ke dalam perangkap.

Ia sebenarnya bukan perkara baharu, tetapi masih ramai dalam kalangan kita kurang peka atau mengambil cakna tentang banyak kes penipuan oleh segelintir pengusaha kedai tayar yang tidak bertanggungjawab demi mengaut keuntungan mudah dan melampau.

Persoalannya, adakah perlu skru chamber ditukar ketika kita menukar tayar baharu?

Ramai rakan penulis dalam kalangan mekanik atau pomen yang memberi nasihat ia tidak perlu ditukar kerana skru chamber jarang rosak.

Sebaliknya kata mereka, buat sahaja allingment seperti biasa dan bila terdapat masalah berbangkit, barulah datang semula ke bengkel untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Dalam hal ini, kita perlu lebih berhati-hati agar tidak termakan umpan yang dipasang pomen-pomen yang mahu menjerat kita dengan ‘mengetuk’ harga yang tidak masuk akal untuk aksesori yang tidak perlu sebenarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN