fbpx

Suspek culik didakwa lagi miliki patung gambar kanak-kanak berbogel, alat sulit wanita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WIN SON dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai hari ini atas tujuh pertuduhan milik patung kanak-kanak bogel serta alat sulit wanita palsu.

KULAI – Penganggur yang menculik kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di Iskandar Puteri pada 20 Julai lalu berdepan tujuh pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana memiliki bahan lucah kanak-kanak.

Tertuduh, Leang Win Son, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi.

Win Son didakwa memiliki bantal panjang bergambar kanak-kanak berbogel, bantal bergambar kanak-kanak berseluar pendek dan alat sulit palsu wanita.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 4 petang di kediaman keluarganya di Kulai, di sini pada 24 Julai lalu. Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin dan tertuduh diwakili Peguam Nur Zafirah Norizan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 bagi kesemua pertuduhan dan tarikh 10 September ini untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas lapan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru kerana menculik, mengurung secara salah dan amang seksual selain memiliki bahan lucah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI