fbpx

PLUS tunai zakat perniagaan RM2 juta di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PLUS menyerahkan zakat perniagaan RM12 juta kepada Lembaga Lembaga Zakat Selangor di Pejabat Menteri Besar Selangor semalam.

PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM2 juta kepada Lembaga Zakat Selangor.

PLUS dalam satu kenyataan di media sosial berkata, sumbangan itu diharap sedikit sebanyak membantu meringankan beban asnaf di Selangor.

“Ini (RM2 juta) merangkumi jumlah keseluruhan sebanyak RM12.4 juta bantuan zakat pada tahun pendapatan 2023 yang telah disalurkan oleh PLUS kepada 12 lembaga zakat negeri pada tahun ini bagi menyantuni asnaf di sepanjang lebuh raya kendaliannya,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut PLUS, zakat perniagaan RM2 juta tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar kepada Lembaga Zakat Selangor semalam.

Kata PLUS, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini mewakili Lembaga Zakat Selangor menerima sumbangan tersebut.

“Penyerahan disaksikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersempena Kunjungan Hormat Pengarah Urusan PLUS ke Pejabat Menteri Besar Selangor,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI