fbpx

Penganggur tidak mengaku cederakan pegawai, anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yik Hoong (kanan) tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret Teluk Intan hari ini atas empat pertuduhan termasuk mendatangkan kecederaan parah kepada pegawai dan anggota polis minggu lalu.

TELUK INTAN – Seorang lelaki yang ditahan sebelum ini kerana menyerang dan mencederakan seorang pegawai dan anggota polis dengan parang dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Tertuduh, Lok Yik Hoong, 43, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin dan Majistret T. Ashvinii.

Di Mahkamah Sesyen, duda itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Mohd. Rasyidi Che Ross, 42, menggunakan parang di sebuah rumah di Taman Melati, Padang Tembak pada pukul 5.40 petang, 1 Ogos 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Tertuduh juga berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki kanabis seberat 84.72 gram di lokasi, masa dan tarikh sama. Dia didakwa mengikut Seksyen 39A(2) akta sama.

Sementara itu di Mahkamah Majistret, Yik Hoong juga didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan Tie Ngie Sieng, 34, dengan parang.

Tertuduh didakwa menghalang Asisten Superintenden Misran Osman dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Hilir Perak untuk membuat serbuan ke dalam rumahnya dengan menjerit dan mengamuk sambil melibas parang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI