fbpx

Jurupandu maut, 12 pelancong terperangkap dalam gua 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan Gua Nam Talu di wilayah Surat Thani, selatan Thailand. – AGENSI 

BANGKOK – Banjir mengejut yang melanda Gua Nam Talu di Taman Negara Khao Sok mengakibatkan kematian tragis seorang pemandu arah dan memerangkap 22 pelancong bersama seorang lagi pemandu pelancong sebelum mereka diselamatkan oleh renjer taman dan pasukan penyelamat.

Mereka berjaya diselamatkan malam kelmarin, demikian menurut laman berita tempatan  

Gua Nam Talu terletak di wilayah Surat Thani, selatan Thailand. 

Gua itu boleh diakses dari Tasik Cheow Lan dengan menaiki bot. Kumpulan pelancong berkenaan sedang melawat Gua Nam Talu apabila banjir kilat akibat hujan lebat  menyebabkan mereka terperangkap.

Kejadian berlaku sekitar  tengah hari kelmarin apabila paras air naik dengan cepat di dalam gua. 

Kumpulan terdiri daripada pelancong dan pemandu arah mereka  sedang meneroka gua itu apabila banjir melanda.

Taman Negara Khao Sok terkenal dengan gua batu kapur yang menakjubkan dan pelbagai jenis hidupan liar.

Ia menjadi destinasi popular untuk pengembara dan peminat alam semula jadi. 

Bagaimanapun, rantau ini juga terdedah kepada perubahan cuaca secara tiba-tiba yang boleh membawa kepada situasi berbahaya, terutamanya di kawasan terpencil dan terkurung seperti gua. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN