fbpx
Meskipun menerima keputusan penamatan operasi SAR, Ezah (kanan) dan keluarganya tetap meneruskan pencarian Pak Itam.

Pak Itam ada tapi tak nampak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – “Beberapa pengamal perubatan yang datang membantu memaklumkan Pak Itam ada, cuma masih berada di alam sebalik mata.”

Itu kata Ezah Mat, 54, kakak kepada Rosdan Mat, 52, yang dilaporkan hilang sejak 28 Jun lalu di Kampung Redan, Mela, di sini.

Pada Isnin minggu lalu , operasi mencari dan menyelamat (SAR) Rosdan atau dikenali sebagai Pak Itam yang masuk hari ke-32 telah ditamatkan atas persetujuan pihak polis serta keluarga.

Ezah berkata, walaupun jauh di sudut hatinya masih berharap SAR dapat diteruskan, namun mereka sudah reda dengan keputusan itu memandangkan pasukan penyelamat tidak menemukan sebarang petunjuk baharu.

“Terima kasih kepada semua pihak. Saya melihat kesungguhan banyak pihak termasuk polis, bomba, penduduk kampung dan masyarakat luar yang datang silih berganti setiap hari selama sebulan untuk membantu mencari Pak Itam.

“Walaupun SAR ditamatkan, namun saya dan saudara mara lain akan meneruskan pencarian Pak Itam termasuk dengan bantuan pengamal perubatan Islam,” katanya semalam.

Tambah Ezah, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk solat hajat dan bacaan yasin hampir setiap hari bagi mendoakan agar adiknya yang juga orang kelainan upaya (OKU) ditemukan walau dalam apa juga keadaan.

PAK ITAM

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man berkata, operasi SAR ditamatkan ekoran tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan.

“Rosdan Mat dilaporkan hilang oleh adik iparnya pada 28 Jun lalu, pukul 9.39 pagi selepas mendapati lelaki itu tiada di rumah,” ujarnya.

Mangsa difahamkan mengalami masalah kesihatan mental sejak remaja lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN