GUA MUSANG – Lebih 400 pekebun durian di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini menanggung kerugian apabila terpaksa berebut buah dengan tupai, beruk, kera dan lotong yang sering merosakkan buah-buahan yang hampir masak. Seorang pekebun, Mohd. Johan Awang Kecik, 55, berkata, haiwan perosak terlalu banyak dan telah merosakkan buah-buahan sehingga hasil pendapatan kebun penduduk merosot melebihi 70 peratus sejak tiga tahun kebelakangan ini. Katanya, pokok durian dan petai yang ditanam mereka sudah membuahkan hasil sejak dua bulan……