fbpx
Penjualan barang terlarang secara dalam talian bukan perkara baharu malah menjadi semakin tidak terkawal sejak adanya platform e-dagang. - Gambar hiasan

Makin ramai berani beli barang terlarang secara online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEWUJUDAN media sosial bukan sahaja membuka pintu rezeki buat peniaga, malah kebolehcapaiannya menembusi pasaran luar membuatkan platform itu menjadi pilihan utama buat masyarakat.

Namun, dengan pelbagai aplikasi media sosial yang wujud saban hari, semakin ramai individu mula berani mengiklankan barang terlarang yang sukar untuk didapati di pasaran luar.

Barangan larangan itu termasuk produk kecantikan atau kesihatan yang tidak mempunyai kelulusan, racun dan dadah atau alatan mainan seks.

Hal ini bukan sahaja menimbulkan kerisauan terhadap jati diri masyarakat, namun golongan muda seawal remaja juga berisiko terdedah untuk mendapatkan barangan terlarang ini sekali gus meruntuhkan moral akhlak.

Pre­siden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA), Siraj Jalil berkata, keberanian sesetengah pihak untuk mengiklankan barang terlarang secara online semakin memuncak apabila tiada advokasi tentang pelaksanaan undang-undang di Malaysia.

Katanya, penjualan barang terlarang secara dalam talian bukan perkara baharu malah menjadi semakin tidak terkawal sejak adanya platform e-dagang dan kewujudan media sosial.

Katanya, pihak berwajib seharusnya cakna dan perlu mengingatkan orang ramai tentang kesan dan hukuman dari segi undang-undang untuk membendung kegiatan mempromosi barang terlarang ini semakin berleluasa.

“Apabila barang terlarang seperti racun dan dadah diiklankan secara terang-terangan, kita lihat seolah-oleh tiada kawalan langsung daripada pihak berwajib.

“Advokasi itu mungkin ada, tetapi tidak ‘sampai’ kepada orang ramai. Seharusnya pihak berkaitan perlu mengemas kini, apakah barang-barang tidak boleh dijual bahkan dipromosikan secara online.

“Ingatkan pengguna jika undang-undang tersebut dilanggar, apakah hukumannya. Tekankan kepada tindakan undang-undang,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Siraj Jalil berkata, selain air atau daun ketum yang dikategorikan di bawah dadah dan racun, terdapat banyak lagi barang-barang terlarang serta tidak masuk akal yang berani dipromosikan secara dalam talian termasuklah barangan mistik santau, barangan lucah dan barangan cetak rompak.

Tegasnya, penjualan barang-barang terlarang seperti air atau daun ketum paling sukar dikawal khususnya kepada generasi muda kerana capaian yang menjadi semakin mudah tanpa perlu bersusah-susah keluar seperti dahulu.

“Untuk mereka yang di bawah umur, dengan melihat iklan-iklan yang dipromosi secara terang-terangan dalam talian, capaian untuk mereka mendapatkan barang-barang terlarang itu semakin mudah.

Tambahan pula, pemantauan berwajib tidaklah begitu ketat.

“Akhirnya golongan muda semakin berpotensi tinggi untuk terjebak sebab senang nak dapat. Apa-apa pun asasnya adalah pengetahuan. Kalau individu itu tahu apa yang dia buat itu salah, dia takkan berani baik menjual atau membeli,” katanya.

Ujarnya, pihak kerajaan seharusnya ada satu badan atau taskforce merentas kementerian untuk menyelia kandungan iklan barangan dalam talian yang melanggar undang-undang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN