fbpx
Nisa mengimpikan untuk membuka perniagaan dan memiliki produk sendiri.

Tuah Nisa AI jadi trending di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Memiliki rupa paras persis selebriti Hannah Delisha, gadis ini pernah mencetuskan fenomena apabila tariannya berlatarbelakangkan lagu Thailand popular menjadi trend ‘Tak boleh lawan nisa Ai’ di platform TikTok.

Bermula sebagai gadis biasa dari Kemaman, Terengganu, Wan Nur Anisa atau mesra dikenali sebagai Nisa kemudiannya makin dikenali seterusnya bergelar content creator menerusi YouTube ‘AI Nisa’.

Kepada Kosmo! Ahad, gadis ini berkongsi tentang dirinya termasuk asam garam bergelar pencipta kandungan.

KOSMO! AHAD: Ceritakan tentang diri Nisa?
NISA: Saya berasal dari Kuantan, Pahang dan dibesarkan di Kemaman. Saya sukakan budak-budak dan membelai kucing bagi menghilangkan stres. Saya juga mudah terhibur.

Bagaimana Nisa boleh dikenali ramai?
Saya mula dikenali selepas tular di Facebook pada 2019 ke­rana wajah yang dikatakan seiras Hannah Delisha. Pada tahun 2022, saya mencuba nasib sebagai content creator melalui YouTuber Alieff Irfan. Nama saya mula meningkat naik selepas berganding dengan Mad Khan sehingga mencetuskan fenome­na ‘Tak boleh lawan Nisa AI’.

Cabaran sebagai seorang ‘YouTuber’?
Saya perlu bekerja setiap masa memerah otak mencari idea untuk menghasilkan kandungan yang menarik.

Perkara pa­ling ditakuti selepas dikenali ramai?
Selepas terjun ke dalam dunia media sosial, saya tidak terlepas daripada dikecam tapi ia tidak melemahkan mental saya. Trend Nisa AI turut memberi kesan pada keluarga. Yang positifnya, saya mula dikenali. Diri ini juga sudah tiada privasi, setiap apa yang dilakukan, akan diperhatikan orang.

Bakat terpendam Nisa?
Menari. Saya adalah bekas penari dan pernah mewakili sekolah hingga ke peringkat negeri seperti tarian Melayu, tari indang, tarian gamelan, Bollywood dan ‘barathanatyam’.

Kalau bukan pencipta kan­dungani, siapa Nisa sekarang?
Membuka perniagaan dengan mengeluarkan produk sendiri. Selain itu saya juga mungkin bergelar jurusolek.

Impian Nisa yang belum tercapai?
Memiliki rumah sendiri, berkahwin dan mempunyai anak. Jika ada rezeki, saya mahu membuka perniagaan dan memiliki produk jenama sendiri.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Si dia harus berbudi bahasa ⁠dan bertanggungjawab. Jika lelaki itu sukakan kanak-kanak dan haiwan itu adalah bonus. Yang penting bukan mata keranjang.

Sumber kekuatan diri?
Sentiasa berfikiran positif agar hidup sentiasa tenang dan selalu dekatkan diri kepada Tuhan. Keluarga dan rakan-rakan jadi tulang belakang tatkala sedih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN