fbpx
TZE LIANG berdebar menunggu keputusan mengenai peluangnya ke Olimpik Paris esok.

Debaran penerjun negara ke Olimpik Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEM terjun negara masih menantikan keputusan rasmi daripada Akuatik Dunia esok mengenai kemungkinan seorang lagi penerjun negara, Ooi Tze Liang dapat memperoleh slot tambahan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

Pengarah teknikal kem terjun negara, Bryan Nickson Lomas menyatakan bahawa jika Malaysia tidak menerima sebarang makluman daripada Akuatik Dunia, ia bermakna tiada slot tambahan akan diberikan.

“Bagaimanapun, situasi ini masih belum muktamad, jadi kita masih mempunyai peluang, walaupun sangat tipis. Kita hanya perlu tunggu sehingga 8 Julai (esok) untuk mengetahui jika terdapat berita baik mengenai keputusan rasmi dikeluarkan oleh Akuatik Dunia,” kata Bryan.

Terdahulu, seorang penerjun Jepun yang berada dalam ranking 19-20 dunia tidak dihantar oleh negaranya, sekali gus membuka peluang buat atlet negara untuk merebut tiket ke temasya berprestij itu.

Bagaimanapun, perubahan baru-baru ini yang mengurangkan bilangan peserta acara tiga meter lelaki kepada 25 orang telah merumitkan keadaan menyebabkan kem terjun perlu menunggu keputusan akhir sama ada Tze Liang tersenarai sebagai atlet ke Paris bulan ini.

Tiga edisi Olimpik terakhir konsisten menampilkan 29 peserta untuk acara tersebut yang memberikan peluang lebih cerah buat penerjun negara sebelum berada dalam kedudukan sangat tipis sama ada akan tersenarai atau tidak.

Sementara itu, Bryan menjelaskan bahawa atlet terjun negara sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dengan persiapan rapi termasuk penyertaan di Australia awal bulan lalu.

Minggu lalu, kem terjun negara mendapat berita gembira apabila penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri secara rasmi layak ke Paris menerusi lebihan kuota yang tidak digunakan atlet negara lain sekali gus menjadikan penampilan ketiganya pada acara berprestij itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN