fbpx
Penduduk melihat tanaman kelapa dan pisang yang dirosakkan gajah di Kampung Gol, Jerantut semalam.

‘Kenapa gajah suka ceroboh kampung kami?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Penduduk di Kampung Gol di sini hidup dalam ketakutan selepas kawasan pe­nempatan dan tanaman mereka sudah 20 kali diceroboh gajah liar sejak tiga tahun lalu.

Dalam kejadian terbaharu pada pukul 4 pagi semalam, dua ekor gajah yang juga anak beranak merosakkan tanaman tana­man pisang dan kelapa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Gol, Abu Jamil Awang Mahmud berkata, penduduk yang sedang tidur terjaga selepas terdengar bunyi pokok pisang dan kelapa dipijak haiwan liar tersebut

“Haiwan liar itu dipercayai datang dari hutan Taman Negara dan kejadian ini berlaku setiap tahun. Haiwan itu menceroboh kampung kami untuk mendapatkan makanan.

“Dalam kejadian pagi tadi (semalam) penduduk bimbang akan keselamatan mereka sekiranya haiwan itu menghampiri kediaman walaupun kejadian pencerobohan sudah ba­nyak kali berlaku di kampung ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Abu Jamil berkata, berikutan ini, pihaknya membuat aduan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan), wakil rakyat dan wakil kerajaan negeri untuk tindakan lanjut.

“Pihak kami berterima kasih kepada Perhilitan kerana mengambil tindakan segera membuat pemantauan pada waktu malam di kampung ini bagi mengelak gajah liar datang semula merosakkan tanaman.

“Selain itu, pihak Perhilitan juga memberikan khidmat nasihat keselamatan kepada penduduk kampung,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk, Abd. Wahab Talib memberitahu, dia terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi bising di luar rumahnya.

Katanya, selepas meninjau melalui tingkap, dia berasa terkejut apabila melihat haiwan liar tersebut memasuki kawasan tanaman pisang dan kelapa berdekatan rumahnya.

“Mujur gajah liar ini cuma merosakkan empat batang pokok pisang dan sebatang pokok kelapa. Saya bersyukur kerana penduduk selamat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN