fbpx

FAMA negeri Selangor sasar jualan RM300 juta tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosilawati (kiri) bergambar bersama peniaga di Pasar Tani Seksyen 8 Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Selangor menyasarkan jualan sebanyak RM300 juta daripada 217 pasar tani di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan) FAMA, Rosilawati Abu Hassan berkata, sehingga bulan April lalu sebanyak RM91 juta telah berjaya diperolehi.

“Negeri Selangor mencatat jualan sebanyak RM17 juta dan sasaran pada tahun ini adalah  sebanyak RM38 juta

“Selain itu, kita yakin untuk meningkatkan nilai jualan di negeri ini dengan pembukaan tiga lokasi baharu pasar tani di Seksyen 8 Shah Alam di sini, Masjid Kota Raja, Klang dan Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Pasar Tani Seksyen 8 Shah Alam yang turut dihadiri oleh Pengarah FAMA Negeri Selangor, Aiada Abdul Rashid hari ini.

Rosilawati menjelaskan, pihaknya telah membuka sebanyak 14 pasar tani di seluruh negara tahun ini termasuk tiga pasar tani tersebut.

“Pasar Tani Seksyen 8 Shah Alam telah mula beroperasi pada 22 Februari lalu dan dua lagi tersebut dijadualkan bulan depan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI