fbpx
Apabila suami mengetahui isterinya berzina, dia diharuskan melakukan qazaf atau mendiamkan diri. – Gambar hiasan

K2

Suami bingung status perkahwinan bila isteri berzina hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Assalamualaikum ustaz. Jika isteri berzina, kemudian dia mengandung, adakah sudah terputus perkahwinan antara suami dan isteri? Bagaimana pula dengan nasab anak hasil zina isteri dengan lelaki lain?

JAWAPAN: Zina yang dilakukan oleh isteri tidak membatalkan perkahwinan selagi mana suami tidak menceraikannya.

Menurut mazhab Syafi‘i, suami haram menafikan nasab anak sekiranya berlaku kemungkinan sama ada anak tersebut hasil daripada persetubuhan antara suami isteri atau hasil daripada perzinaan.

Suami dibenarkan untuk melakukan li’an untuk menafikan nasab anak sekiranya mengetahui secara yakin anak tersebut bukan anaknya berdasarkan bukti yang ada.

Li’an menurut takrif syarak adalah perkataan-perkataan yang dijadikan hujah oleh suami selepas menuduh isterinya mencemari rumah tangga dan melemparkan aib kepada suami atau bertujuan menafikan nasab.

Ia menjadi salah satu pembubaran perkahwinan yang mana suami melakukan sumpah dengan nama Allah SWT sebanyak empat kali apabila dia menuduh isterinya berzina dan sumpah kelima bahawa laknat Allah ke atasnya sekiranya dia berdusta.

Perbuatan li’an tidak boleh tidak mestilah dilaksanakan selepas berlaku qazaf iaitu tuduhan zina ke atas isteri atau penafian nasab anak oleh suami, namun suami tidak dapat mendatangkan saksi dan bukti.

Tujuan li’an adalah sebagai hujah penting yang diperlukan bagi membebaskan diri daripada had qazaf dan menafikan nasab.

Syeikh Muhammad al-Zuhaili menjelaskan dalam kitabnya, hukum suami menuduh isteri berzina berbeza mengikut keadaan seperti berikut:

Harus qazaf: Apabila suami yang mengetahui isterinya berzina diharuskan melakukan qazaf ke atas isteri dengan mengikuti syarat-syarat qazaf atau memilih untuk mendiamkan serta menyembunyikan perzinaan isteri sekiranya tiada anak hasil daripada hubungan tersebut.

Bagaimanapun, suami menutup atau menyembunyikan perzinaan itu adalah lebih baik daripada melakukan qazaf, kemudian menceraikan isteri sekiranya suami tidak mahu lagi hidup bersama isteri. Suami perlu menasihati isteri untuk bertaubat dan memperbaiki kesalahannya. Tindakan ini sememangnya dapat menutup keaiban dosa isteri. Namun begitu, tidak haram sekiranya suami masih ingin kekal bersama isteri, menerimanya dan tidak menceraikannya.

Wajib qazaf: Seorang suami wajib menuduh isterinya berzina atau menafikan nasab dengan li’an apabila isteri melahirkan seorang anak dan suami tersebut mengetahui bahawa anak tersebut bukanlah anaknya.

Suami dapat mengesahkan atau yakin bahawa anak tersebut bukan daripadanya apabila suami tidak pernah menyetubuhi isteri atau anak tersebut dilahirkan kurang enam bulan daripada masa suami menyetubuhi isteri.

Sekiranya suami mengetahui isterinya berzina tetapi wujud kemungkinan (ihtimal) bahawa anak tersebut daripadanya dan juga daripada perbuatan zina, maka haram suami untuk menafikan nasab anak untuk menjaga perkahwinan tersebut. Bahkan, haram untuk qazaf dan li’an dalam pendapat yang sahih.

Suami tidak boleh menafikan nasab anak daripadanya jika telah berlaku imkan al-dukhul iaitu persetubuhan antara suami dan isteri, berdasarkan Rasulullah S.A.W. bersabda:

Menuduh seseorang melakukan zina merupakan perkara yang keji lebih-lebih lagi jika tiada saksi dan bukti kukuh. Namun begitu, pensyariatan li’an merupakan cara suami untuk menafikan nasab anak yang terhasil daripada perzinaan isteri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN