fbpx
Muhammad Amar Baihaqi Zulkifli, 20 bersama kedua ibu-bapanya yang menerima Bantuan IPTA dan Universiti Luar Negara Tahun 2024 di Wisma Pertahanan. Foto SADDAM YUSOFF

Bantuan YLTAT: ‘Boleh beli buku rujukan, kurang beban keluarga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Syukur menjadi sebahagian penerima bantuan pendidikan, duit yang diterima boleh beli buku rujukan dan keperluan pengajian”.

Demikian luahan seorang penuntut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Ardi Syamir Ali Zakafir, 20, yang meluahkan rasa gembira menjadi salah seorang penerima bantuan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Universiti Luar Negara (ULN).

Menurut Ardi, bantuan yang diterima daripada Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) itu memudahkan urusan pembelajarannya tanpa membebani kewangan ibu bapanya.

“Saya akan guna wang bantuan itu sebagai duit poket untuk pembelanjaan harian saya sepanjang tempoh semester tanpa perlu meminta kepada ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penerima dan penuntut di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Salsabila Hamidi, 21, berkata, bantuan berkenaan akan digunakan untuk membeli buku atau modul bagi keperluan pengajiannya.

“Saya akan simpan sebahagian untuk digunakan ketika kecemasan. Wang bantuan itu boleh digunakan untuk pembelajaran saya semester akan datang,” katanya.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyempurnakan majlis penyampaian bantuan tersebut kepada 94 pelajar bagi kategori IPTA dan ULN.

Ia merupakan sambutan tradisi pihak YLTAT untuk meraikan kecemerlangan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Bagi kategori IPTA, seramai 84 telah menerima insentif secara one-off berjumlah RM1,000 manakala 10 pelajar memperoleh RM2,000 bagi setiap seorang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN