fbpx
Gambar hiasan.

9 lelaki diberkas culik wanita, minta wang tebusan RM111,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Sembilan lelaki diberkas selepas terlibat dalam kegiatan menculik seorang wanita menggunakan parang dalam kejadian di sebuah rumah di Kulai, 16 Mei lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 48 tahun ditahan di beberapa lokasi berasingan di negeri ini, Negeri Sembilan dan Selangor antara antara 23 Mei hingga 25 Mei lalu.

Terdahulu katanya, polis menerima laporan daripada keluarga mangsa pada pukul 3.13 petang, 16 Mei memaklumkan wanita berusia 30 tahun itu telah diculik dan meminta wang tebusan RM111,000.

“Keluarga mangsa telah menuruti permintaan suspek dengan membayar wang pampasan berjumlah RM111,000.

“Wanita yang diculik itu telah dilepaskan di sebuah perhentian bas di Skudai di sini pada hari yang sama dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan sebaik wang tebusan diserahkan pada hari yang sama,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Kumar memberitahu, pihaknya turut merampas wang tunai yang dipercayai diperolehi hasil daripada kejadian culik itu

Tambahnya, lima lelaki telah dituduh di mahkamah, manakala empat lagi dibebaskan dengan jaminan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah untuk dijadikan saksi pendakwaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN