fbpx

Sarah Nava Rani dilantik Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN di Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarah Nava Rani.

PUTRAJAYA – Datin Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason dilantik sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Jakarta, Indonesia berkuat kuasa hari ini.

Kementerian Luar (KLN) memaklumkan, Sarah Nava Rani merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan dan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Malaya.

Katanya, sebelum ini beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik ditugaskan di Kementerian Pertahanan pada tahun 1994, sebelum bertukar ke KLN pada tahun 1996.

“Beliau merupakan Duta Besar Malaysia ke Jerman dari tahun 2017 hingga 2020.

“Sebelum itu, beliau pernah ditugaskan di Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat dan Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN di Jakarta, Indonesia sebagai Menteri Penasihat,” katanya hari ini.

Kenyataan itu menambah, di KLN, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Bahagian, Bahagian Hak Asasi Manusia dan Kemanusiaan serta Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Perancangan Dasar dan Strategi.

“Sebelum itu, beliau juga pernah bertugas sebagai Ketua Penolong Setiausaha di Bahagian Hal Ehwal Wilayah dan Maritim,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI