fbpx

Lelaki rentung dalam kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan pemandu kereta Perodua Myvi rentung dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Kulai malam semalam.

KULAI – Seorang lelaki rentung selepas kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 33.3, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Kulai di sini malam semalam.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Khairil Buang berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.24 malam sebelum enam anggota beserta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, seorang lelaki didapati terperangkap di tempat duduk pemandu sebuah Perodua Myvi yang terbakar kira-kira 80 peratus. Kereta itu terlibat kemalangan dengan sebuah lori treler membawa muatan tanah dan sebuah Proton Iswara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Khairil, operasi pemadaman api kemudian dilakukan dengan menggunakan sebuah aliran salur bantu manakala mangsa rentung berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

“Identiti lelaki yang rentung belum dikenalpasti manakala seorang penumpang perempuan berusia 32 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia setahun yang turut menaiki Perodua Myvi berkenaan mengalami kecederaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI