fbpx

[VIDEO] Nasi lemak ikan bilis RM3 sebungkus? Mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelanggan tidak bersetuju dengan harga nasi lemak biasa yang berharga RM3.

PETALING JAYA – Seorang peniaga di Sabah berdepan kerenah pelanggan yang enggan membayar nasi lemak ikan bilis berharga RM3 yang dianggap mahal dan tidak munasabah.

Gelagat pelanggan yang tidak berpuas hati dengan harga nasi lemak itu dirakam ketika siaran langsung di TikTok @ChiruX9_official.

Menerusi video itu, pada mulanya pelanggan bertanyakan harga nasi lemak namun selepas diberitahu harganya RM3, dia dilihat tidak dapat menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata kasar sehingga menguris hati peniaga tersebut.

“Mahal juga kau jual, kan sikit saja. Terlalu mahallah terus terang..mahu tegur sikit, memang kita cari untung, tetapi berpada-pada,” kata pelanggan itu.

Tidak cukup itu, pelanggan tersebut cuba meminta diskaun RM1 daripada jumlah RM21 makanan yang dibeli. Apabila permintaan ditolak, dia mula melenting dan mengatakan peniaga itu tidak bermurah hati.

Tindakan pelanggan itu mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata mengakui tidak bersetuju dengan cara pelanggan meminta diskaun daripada peniaga kecil.

“Dia boleh pilih sama ada teruskan membeli atau berlalu. Tapi itulah, dia pilih untuk menyakiti hati orang yang berniaga,” kata seorang pengguna.

“Anggap saja kemunculan mak cik ini memberi rezeki yang luar biasa kepada awak, viral video ni baru kami kenal gerai awak. Kuatkan semangatmu,” komen Kak Jue.

“Untung tiga ringgit je, dekat Kuala Lumpur mahal lagi aku rasa. Lepas itu minta diskaun pula, tak fikir ke untung, upah tenaga dan kos lain yang ditanggung peniaga,” komen pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

@hakaklawa_fyon Replying to @ateng.atengloh Hanya Allah yang tau saya Ikhlas atau Tidak. Tapi sepangjang bantu mama berniaga dan niaga sendiri, tiada dalam kamus hidup saya “TIDAK IKHLAS”. apatah lagi “TIDAK MURAH HATI”. Orang yang kenal saya, kenal lah.. tapi saya bukan minta untuk dikenali, cuma minta difahami. Saya, generasi dr mama saya yang sudah meniaga nasi lemak selama 24 TAHUN, dari harga 1 ringgit hingga lah sekarang 3 ringgit. Proses membuat nasi lemak bukan senang mcm goreng nasi. kos bahan mentah yang makin naik. Berapa saja untung kami jika nak dibandingkan dengan penat lelah kami berjam². Kami sangat jaga KUALITI. Masak nasi pun bukan guna santan murah. semua masakan kami gunakan bahan yang mencukupkan rasa ia sebagai “NASI LEMAK”. Di kes ini, makcik ni juga seorang peniaga. Saya tidak tahu apa motif dia dtg sergah saya mcm ni. Semoga dia tidak ulang sikap dia terhadap peniaga lain.☺️ Ya Allah, Perluaskan lagi rezeki kami seluas lautanMu. Dan jauhkanlah kami dari sifat hasad dengki sesama manusia. Aamiin Ya Allah. #peniaganasilemak #randomvideo #tidakmurahhati ♬ original sound – ChiruX9_official

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI