fbpx

Inspirasi, aspirasi pereka fesyen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fesyen memerlukan penglibatan pelbagai pihak.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini ramai remaja di Malaysia menyimpan impian dan aspirasi untuk menjadi seorang pereka tersohor pada suatu masa nanti. Namun begitu, masih ramai yang masih samar-samar lagi tentang fungsi pereka fesyen yang sebenarnya.

Kadangkala juga ada antara kita tertanya-tanya kepada diri mengapa kita begitu terpana dengan dunia fesyen ini.
Kita tertarik ke dalam dunia fesyen, bukan hanya sebagai satu ekspresi individualiti diri dengan cara kita berpakaian, tetapi juga sebagai satu kaedah ekspresi kreatif melalui rekaan. Sememangnya kebolehan dan peluang untuk mereka cipta pakaian amat menyeronokkan dan memberi kepuasan bersandarkan beberapa elemen.

Kesedaran
Perlu ada kesedaran bahawa menjadi pereka fesyen bukan hanya dengan duduk di meja dan melakar rekaan gaun yang cantik. Sebaliknya mereka perlu sentiasa membuat penyelidikan dan mendapatkan inspirasi dalam membina tema sealiran trend terkini. Seterusnya mencari dan memilih fabrik yang sesuai, serta menghasilkan koleksi rekaan hebat berdasarkan fabrik tersebut. Pereka yang baik faham akan ciri-ciri dan sifat sesuatu fabrik dan apa yang dapat dilakukan dengannya.
Kefahaman tentang teknik konstruksi pakaian juga penting dalam rekaan fesyen. Apabila mereka mencipta sesuatu himpunan, pereka harus fikirkan mereka menciptanya untuk siapa? Apa jenis kain, pakaian yang dicipta dan untuk musim apa?

Rasa cinta
Koleksi rekaan yang telah siap adalah hanya satu permulaan, kemudiannya perlu dipromosi dan dipasarkan. Pereka fesyen hanya salah satu daripada pelbagai pekerjaan yang wujud dalam industri fesyen. Perlu diingat, bukan semua individu yang mencintai fesyen punyai kebolehan untuk menjadi pereka fesyen berbakat. Ramai antara individu kreatif yang meminati dunia fesyen menjadi fashion buyers, selling agents, wartawan fesyen, jurugambar, penata gaya, pelukis ilustrasi dan kesemua mereka ini memainkan peranan yang penting di atas kejayaan seseorang pereka fesyen.

Kecenderungan
Penting bagi pereka fesyen untuk memperkembang kesedaran tentang cita rasa dan gayanya yang tersendiri. Bukan semua individu miliki kebolehan dan kecenderungan atau kemahuan untuk mereka pakaian yang tidak konvensional. Sebilangan pereka lebih fokus menghasilkan rekaan yang punyai konsep understatement atau lebih kepada perincian pada sesuatu pakaian. Sebilangan lain pula lebih selesa mereka rekaan konvensional, but it is the way they are put together (or styled) that makes the outfit original and modern.

Kepakaran
Sememangnya amat penting untuk seseorang pereka mengetahui apa kepakaran dan kemampuan yang dimilikinya dalam bidang fesyen, namun begitu tidak bermaksud yang anda perlu takut untuk bereksperimentasi dalam menghasilkan rekaan. Kadangkala proses mengenali diri ‘know yourself’ mengambil sedikit waktu dan tempoh ini selalunya diharungi semasa belajar di universiti, kolej, institusi ataupun sekolah fesyen. You must be true to your own vision on how you want to dress someone.

Industri
Namun begitu perlu diingat, nasib anda sebagai pereka fesyen terletak di tangan industri dan juga pembeli fesyen (the fashion-buying public) untuk membuat pilihan. Perlu diingatkan bahawa tidak semua pembeli akan menyukai rekaan anda, sememangnya akan ada mereka yang tidak menyukainya langsung. Sama ada mereka suka atau mereka benci, ini perkara lumrah dalam industri yang begitu subjektif dan kadangkala agak mengelirukan, tetapi lambat laun anda akan belajar untuk mengharungi segala kritikan. Anda akan lebih cekal dan mahir serta cukup berpengalaman untuk membezakan antara pendapat yang anda hormati dan juga pendapat yang seharusnya diabaikan.
Pereka juga perlu lebih terbuka dan menerima idea baharu serta sentiasa mendengar keperluan industri, terutamanya dalam era digital dan globalisasi yang sentiasa pesat berubah.

FAIZAL HAMID ialah Pensyarah Kanan Jabatan Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI